Selasa, 14 April 2020

Ebola: WHO akan mengadakan mesyuarat hari ini

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan mengenai wabak Ebola di Republik Congo, berikutan penemuan kes terbaharu virus itu.

Pertemuan itu dilakukan selepas Congo bercadang untuk mengumumkan mengenai jangkitan yang asalnya bermula pada Ogos 2018 itu sudah berakhir.

Wabak itu sudah membunuh 2,276 orang sehingga hari ini dan sejak 42 hari lalu, tiada kes baharu dilaporkan.

Bagaimanapun, ketika WHO mengadakan mesyuarat tergempar untuk memutuskan mengenai Kecemasan Kesihatan Awam dengan Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) itu sudah boleh dibatalkan, kes baharu tiba-tiba muncul.

"Kami ketika ini mempunyai tiga kes dengan dua daripadanya sudah meninggal," kata jurucakap WHO, Margaret Harris kepada wartawan dalam sidang akhbar virtual di Geneva.

Beliau menjelaskan, semua kontak kes itu sudah dikesan dan diberikan vaksin serta rawatan susulan akan dilakukan.

Pada Jumaat lalu, Congo mengumumkan, lelaki berusia 26 tahun dilaporkan meninggal kerana wabak itu, manakala seorang gadis juga meninggal dunia pada Ahad lalu.

Kedua-dua mereka meninggal di Beni, lokasi yang menjadi pusat jangkitan. - AFP

Loading...
Share This