Rabu, 8 April 2020

Covid-19: Tujuh kes baharu termasuk 3 di Keningau

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah bertambah tujuh kes lagi menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 248 kes.

Menurut statistik terbaru yang disiarkan di laman covid19.sabah.digital, pertambahan itu membabitkan tiga kes di Keningau, dua kes di Tambunan serta Kota Kinabalu dan Papar masing-masing satu kes.

Pertambahan itu juga menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Keningau kini sebanyak empat kes, Tambunan tiga kes, Kota Kinabalu 35 kes dan Papar empat kes.

Setakat ini, jumlah pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang di Sabah adalah seramai 82 orang iaitu pertambahan sebanyak 21 orang, manakala kes kematian turut kekal dua kes.

Statistik berkenaan turut menunjukkan seramai 790 masih ditempatkan di pusat kuarantin manakala seramai 7,495 orang dikuarantin di kediaman masing-masing./BERITA SABAH

No photo description available.
Laporan kes positif Covid-19 negeri Sabah mencatatkan 6 kes baharu iaitu 3 kes  di Keningau, 2 kes di Tambunan manakala Papar dan Kota Kinabalu masing-masing 1 kes


Loading...
Share This