Jumaat, 3 April 2020

COVID 19 : Sabah tidak pernah perang bersendirian, Persekutuan sentiasa bersama


TERTARIK dengan penulisan yang dibuat oleh saudara Muhd Ismail Ayub, Timbalan Ketua Wira Pusat, mengenai Sabah seperti bersedirian adalah tidak benar sama sekali. 

Kerajaan persekutuan dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah meminggirkan negeri dan rakyat Sabah dalam menghadapi krisis ini. 

Buktinya, dalam pakej rangsangan ekonomi dalam menghadapi krisis wabak COVID-19 sebanyak RM250 Bilion telah diumumkan. Dalam bajet ini telah merangkumi suntikan bajet untuk sektor kesihatan di negeri Sabah terutamanya untuk bekalan kit ujian COVID-19. 
Dalam bajet ini juga, rakyat Sabah tanpa mengira faham politik, agama, dan bangsa mendapat Bantuan Prihatin Nasional.

Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM130 Juta kepada negeri - negeri untuk untuk membantu kerajaan negeri dan bajet ini melibatkan kerajaan negeri Sabah walaupun merupakan pembangkang di peringkat Nasional. Bajet yang diberikan ini sebenarnya banyak membantu kerajaan negeri dalam menghadapi wabak COVID-19. Setelah bajet dari persekutuan ini diserahkan dan sekarang bergantung kepada kebijakan kerajaan negeri mengurus dan mengagihkan kepada rakyat yang terjejas secara telus. 

Mempersoalkan tugas YB - YB Sabah yang menjadi menteri adalah tidak wajar kerana mereka yang terlibat secara langsung kepada mesyuarat kabinet dan yang pasti mereka tidak akan meminggirkan hal ehwal Sabah dalam perancangan persekutuan. Selain daripada itu, Menteri - menteri persekutuan Sabah yang saya lihat sekarang banyak turun ke kawasan masing - masing untuk membantu rakyat yang terjejas dengan krisis COVID-19 ini. 

Oleh yang demikian saya memohon agar saudara Muhd Ismail Ayub untuk menghentikan perang politik dan permainan salah menyalah antara satu sama lain kerana kita semua pada ketika ini menghadapi musuh yang sama iaitu COVID-19.

Saudara Muhd Ayub jangan jadi seperti perpatah melayu "kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak, beliau sepatutnya perlu fokus kepada penambaikan sistem pengurusan pengagihan bantuan barang asas oleh UPPM yang dilanda kontrovesi sekarang dan bukan sibuk melihat kesalahan orang lain. 

Sepatutnya krisis wabak COVID-19 menyatukan kita tanpa mengira garisan politik dalam membantu negara dan rakyat yang terjejas.

Mari kita bersama berganding bahu berjuang berhabis-habisan melawan pandemik ini dan mengerah seluruh tenaga, air mata dan darah kita untuk melindungi rakyat dan negeri tercinta ini.

Abqaree 
Ketua Armada Sepanggar

Loading...
Share This