Rabu, 1 April 2020

COVID-19: PKP fasa satu ada kejayaan

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilihat menunjukkan kejayaan selepas tiada peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dilaporkan sepanjang dua minggu pelaksanaannya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berbeza dengan unjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang menjangkakan peningkatan mendadak sepanjang tempoh sama.

"Kes kita tidak naik secara mendadak tetapi ada sedikit mendatar. Berdasarkan kepada graf ini, ada kejayaan atau tanda awal kita berjaya dalam tindakan kita untuk melaksanakan PKP.

"Jadi kita berharap dalam fasa kedua, kita dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti kita terutama di hotspot yang sudah dikenal pasti.

"Jika berlaku peningkatan mendadak kita akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya pada sidang media harian COVID-19, di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata melalui PKPD, semua yang berada dalam kawasan yang dikenakan sekatan akan disaring, diuji, dikenal pasti dan diasingkan untuk memberi rawatan kepada mereka.

Loading...
Share This