Page Nav

HIDE

Grid

GRID_STYLE

Hover Effects

TRUE
{fbt_classic_header}

Header Ad

//

Buletin Terkini

latest

Ads Place

Covid-19: Kota Kinabalu kini zon merah

Kota Kinabalu mencatatkan 42 kes hari ini KOTA KINABALU: Pertambahan dua kes Covid-19 baharu di daerah ini menjadikan Kota Kinabalu ki...

Kota Kinabalu mencatatkan 42 kes hari ini
KOTA KINABALU: Pertambahan dua kes Covid-19 baharu di daerah ini menjadikan Kota Kinabalu kini berada dalam zon merah dengan 42 kes.

Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, dengan itu, Sabah kini mempunyai dua zon merah iaitu di Tawau dan Kota Kinabalu.

Manakala, lapan daerah kekal sebagai zon hijau tanpa sebarang kes Covid-19.

Untuk hari ini, tiga kes baharu dilaporkan dan ia menjadikan keseluruhan kes di Sabah menjadi 288 kes.

Sementara, 10 kes pulih dilaporkan hari ini, dengan bilangan kumulatif yang pulih setakat ini adalah 135 orang.

Selain Kota Kinabalu, Keningau turut mencatatkan pertambahan satu kes, menjadikan keseluruhan kes di Keningau adalah 12 kes.

Manakala daerah lain seperti Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Tuaran, Kinabatangan, Penampang, Beaufort, Kunak, Putatan, Kota Belud, Sipitang, Papar, Tambunan, Ranau dan Semporna tidak menunjukkan sebarang peningkatan kes pada hari ini.

Setakat ini, empat kematian direkodkan di Sabah dengan dua kes di Kota Kinabalu dan satu kes masing-masing di Tawau dan Tambunan.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 84 kematian di seluruh Malaysia termasuk satu kes kematian baharu yang dilaporkan hari ini.

KKM melaporkan 110 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 5,182 kes. Ia termasuk 2,766 kes yang sudah pulih, setakat ini.

Seramai 56 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 29 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Ads Place