Isnin, 13 April 2020

Covid-19: Kota Kinabalu catat kematian kedua

KOTA KINABALU: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Sabah, hari ini, menjadikan jumlah kematian kini menjadi empat kes.

Statistik terbaharu jangkitan Covid-19 di Sabah mencatatkan empat kematian 
Menurut statistik terbaharu yang disiarkan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Phoon, sebentar tadi, kematian terbaharu itu dilaporkan berlaku di Kota Kinabalu dan ia adalah kematian kedua dicatatkan di bandaraya berkenaan.

Dua lagi kes kematian sebelum ini ialah masing-masing satu di Tawau dan Tambunan.

Semantara itu, sebanyak 14 kes positif Covid-19 baharu dicatatkan di Sabah, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 280 kes.

14 kes baharu itu membabitkan enam daerah termasuk Tawau yang bertambah sebanyak lapan kes, hari ini.

Daerah-daerah lain yang mencatat pertambahan kes hari ini ialah Kota Kinabalu sebanyak dua kes manakala Lahad Datu, Tuaran, Penampang dan Keningau masing-masing bertambah satu kes.

Dalam perkembangan sama, tiada pesakit jaingkitan wabak terbabit sembuh hari ini dan jumlah keseluruhan peakit yang telah sembuh dan dibenarkan pulang kekal dengan 108 orang.

Sabah juga kekal negeri keenam tertinggi mencatatkan kes Covid-19 selepas Selangor yang merekodkan jumlah 1,249 kes, Kuala Lumpur (830), Johor (579), Negeri Sembilan (360) dan Sarawak (348)./BERITA SABAH

Loading...
Share This