Selasa, 7 April 2020

Covid-19 hanya satu kes baharu di Sabah


KOTA KINABALU: Rakyat Sabah mendapat sedikit kelegaan selepas menungu laporan harian Covid-19 yang baru dilaporkan sebentar tadi mendapati Sabah hanya mencatatkan satu kes baharu hari ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon menerusi akaun Facebooknya memaklumkan,  jumlah keseluruhan kes di negeri adalah sebanyak 241.

Menurut statistik itu, hanya daerah Putatan yang menyumbang satu kes positif Covid-19 hari ini manakala daerah-daerah lain tiada kes baharu dilaporkan.

Selain itu, rakyat Sabah juga dapat menarik sedikit nafas lega apabila   sembilan pesakit dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh 61 orang.

Tawau dan Tambunan masing-masing kekal merekodkan satu kematian.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 63 kematian di seluruh Malaysia termasuk satu kes kematian terbaru hari ini.

Setakat hari ini, KKM melaporkan 170 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,963 kes.


Daripada jumlah tersebut, 2,579 masih dirawat dan 1,321 kes telah dilaporkan pulih  sepenuhnya termasuklah 80 kes yang telah dibenarkan pulang.

Sementara itu, sebanyak 92 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 50 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Loading...
Share This