Selasa, 21 April 2020

Covid-19: 3 kematian, hanya 57 kes baharu hari ini

TIGA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 92 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 57 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 5,482 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 43 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 27 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 54 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 3,349 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 61.1 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 2,041 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Share This