Isnin, 6 April 2020

Covid-19: 1,241 sembuh, 1 kematian baharu

SATU kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 62 kes.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham berkata, sebanyak 131 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan sehingga kini.

“Ini menjadikan kes terkumpul sebanyak 3,793 di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 102 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 54 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya pada sidang media khas Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham berkata, sebanyak 1,241 pesakit dibenarkan keluar wad sehingga hari ini.

Loading...
Share This