Isnin, 6 April 2020

Apa khabar orang Sabah ? Tun Mahathir kongsi gambar panggilan video dengan Shafie

"Apa khabar orang Sabah! Bersama rakan seperjuangan, Ketua Menteri Sabah, DS Shafie Apdal. Walaupun jauh, tidak bermakna hubungan tidak dapat dieratkan," Tulis Tun Mahathir di Instagram miliknya
KOTA KINABALU: Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, panggilan video merupakan platform paling popular untuk menghubungi rakan-rakan sambil melihat wajah masing-masing.

Bagi para pemimpin yang hendak mengadakan mesyuarat, video konferensi menggantikan keperluan untuk setiap individu bersua muka atau berkumpul di bilik mesyuarat.

Penggunaan panggilan video itu turut menjadi pilihan untuk Negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Momen tersebut dikongsikan Dr. Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri di dalam laman Instagram rasmi beliau, chedetofficial petang ini.

“Apa khabar orang Sabah! Bersama rakan seperjuangan, Ketua Menteri Sabah, DS Shafie Apdal,” kata Dr. Mahathir di dalam keterangan gambar berkenaan.

Gambar berkenaan telah mendapat lebih 39,000 ‘like’ dan 280 komen daripada netizen setakat ini.

Loading...
Share This