Sabtu, 4 April 2020

4 lagi korban, 150 kes baru Covid-19 di Malaysia

Malaysia mencatatkan empat lagi korban akibat jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu ialah 57.

Setakat tengah hari tadi, sebanyak 150 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,483.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini berkata sebanyak 80 daripada 150 kes baru itu mempunyai kaitan dengan kluster tabligh Sri Petaling.

Noor Hisham juga memaklumkan sebanyak 88 kes pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih sebanyak 915, iaitu 26.27 peratus daripada keseluruhan kes.


Sebanyak 99 pesakit kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 50 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Loading...
Share This