Khamis, 16 April 2020

315 kanak-kanak dijangkiti COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya hari ini. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

KUALA LUMPUR: Seramai 315 individu atau kira-kira enam peratus yang dijangkiti wabak COVID-19 di Malaysia ketika ini adalah kanak-kanak berusia bawah 14 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata 83 daripadanya adalah kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah, manakala jumlah sama direkodkan bagi pesakit berumur lima hingga sembilan tahun.

“Pesakit berumur antara 10 hingga 14 tahun pula adalah seramai 149 orang, menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak berusia bawah 14 tahun yang dijangkiti COVID-19 ialah 315 individu,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini. - Berita Harian

Loading...
Share This