Jumaat, 20 Mac 2020

Tabligh ke Indonesia diharam masuk Sabah 14 hari

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melarang mana-mana peserta Ijtimak Tabligh Dunia Zon Asia 2020 yang diadakan di Sulawesi, Indonesia daripada masuk ke Sabah selama 14 hari bermula hari ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

Katanya, beberapa langkah lain turut diambil iaitu penutupan semua terminal bas awam selepas didapati masih ramai penduduk ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac.

Berikut antara langkah yang diambil pejabat SKN:

Sebagai langkah menangani penularan wabak Covid-19, Kerajaan Negeri telah memutuskan melalui mesyuarat Sabah Covid-19 Command Centre pada hari ini, untuk melaksanakan larangan-larangan seperti berikut :-

A. Larangan Kemasukan Peserta Ijtimak Tabligh Dunia Zon Asia 2020

1. Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan serta merta menyekat kemasukan jemaah tabligh yang menghadiri Ijtimak Tabligh Dunia Zon Asia di Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 18 – 19 Mac 2020. Mereka tidak dibenarkan masuk ke Negeri Sabah untuk tempoh 14 hari bermula hari ini.

B. Penutupan Operasi Terminal Bas Awam Seluruh Negeri Sabah

1. Maklumat daripada setiap daerah di Negeri Sabah mendapati bahawa masih banyak pergerakan penduduk di terminal bas daerah masing-masing mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan.

2. Bagi menangani perkara tersebut, Kerajaan Negeri memutuskan supaya Pihak Berkuasa Tempatan Daerah masing-masing MENUTUP semua operasi terminal bas awam (Inter-district) di seluruh negeri Sabah bermula 21 Mac 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac 2020.

Sabah COVID-19 Command Centre hari ini juga ingin memaklumkan bahawa perkara- perkara dan isu-isu berikut telah dapat diselesaikan atau telah berjaya dilaksanakan, iaitu:

A. Isu Pelajar-Pelajar Sabah Yang Terkandas di Lapangan Terbang

1. Ramai pelajar-pelajar Sabah terkandas di lapangan-lapangan terbang di Semenanjung Malaysia pada 18 Mac 2020.

2. Kerajaan Negeri telah menyelesaikan isu ini pada 19 Mac 2020 melalui Kementerian Pelajaran dan Inovasi dan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur.

3. Begitu juga dengan penumpang-penumpang warganegara Malaysia yang terkandas di lapangan terbang di Semenanjung Malaysia dan di Sarawak atau di lapangan terbang Kota Kinabalu telah juga berjaya diatasi sepenuhnya pada jam 7.00 malam 19 Mac 2020.

B. Kerja-Kerja Pembersihan dan Penyahkuman [Disinfection] Di Bangunan Kerajaan

Bermula dari 15 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020, Kerajaan Negeri telah melakukan proses pembersihan dan penyahkuman [Disinfection] mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan dipantau oleh Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di 36 premis dan bangunan Kerajaan Negeri, iaitu:

1. KOTA KINABALU

(1) Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu (2) Wisma MUIS, Kota Kinabalu

2. NABAWAN

(1) Majlis Daerah Nabawan

(2) Tandas Awam Nabawan

(3) Dewan Serbaguna Nabawan (4) Tamu Nabawan

(5) Pentas Terbuka Nabawan

3. SEMPORNA

(1) Majlis Daerah Semporna (2) Pejabat Daerah Semporna

4. BEAUFORT

(1) Majlis Daerah Beaufort

(2) Astaka dan Dataran Bagandang Beaufort

5. BELURAN

(1) Pasar Am Beluran

(2) Dewan Serbaguna Beluran (3) Majlis Daerah Beluran

6. PAPAR

(1) Majlis Daerah Papar

7. PITAS

(1) Majlis Daerah Pitas

(2) Dewan Masyarakat Pitas

8. SIPITANG

(1) Dewan Serbaguna Sipitang

(2) Arked Peniaga Majlis Daerah Sipitang (3) Pasar Awam Sipitang

(4) Gerai Makan Sipitang

(5) Majlis Daerah Sipitang

9. SANDAKAN

(1) Kawasan PPR

(2) Majlis Perbandaran Sandakan

10. TAWAU

(1) Majlis Perbandaran Tawau

11. TAMBUNAN

(1) Majlis Daerah Tambunan

(2) Dewan Masyarakat Tambunan

(3) Mini Dewan Tambunan

(4) Kantin Majlis Daerah Tambunan

(5) Terminal Perhentian Teksi Tambunan (6) Balai Polis Tambunan

12. PENAMPANG

(1) Majlis Daerah Penampang (2) Pasar Am Penampang

(3) Pasar Ikan Penampang

(4) Tandas Awam Penampang (5) Bengkel Penampang

C. Kerja-Kerja Pembersihan dan Penyahkuman [Disinfection] Di Masjid dan Surau

Kerajaan Negeri telah melakukan proses pembersihan dan penyahkuman [Disinfection] mengikut SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan dipantau oleh Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di 62 Masjid dan 90 Surau.

Kerajaan Negeri mengarahkan supaya Pihak Berkuasa Tempatan Daerah masing-masing dikehendaki menjalankan penguatkuasaan terhadap mana- mana premis yang sepatutnya tidak beroperasi dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

E. Pusat Kuarantin

Bermula daripada 16 Mac 2020, selain daripada pengasingan di wad hospital, Kerajaan Negeri juga telah membuka Pusat Kuarantin di beberapa daerah untuk menempatkan PUI (Person Under Investigation) Covid-19 di Negeri Sabah.

1. RumahRehatRanau

2. RumahRehatKinabatangan

3. Malaysian Palm Oil Board, Lahad Datu

4. ProjekPerumahanRakyatBatuPutihSandakan

5. KompleksBeliaTawau

F. Bekalan Makanan

Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah telah memantau keadaan bekalan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Adalah disahkan bahawa tidak terdapat kekurangan bekalan makanan.

Loading...
Share This