Ahad, 22 Mac 2020

Senarai bantuan untuk rakyat terjejas COVID-19

Skim bantuan dan insentif kerajaan kepada rakyat Malaysia susulan krisis COVID-19

1. Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April

- Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta

2. Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan

- Penangguhan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam, membabitkan jumlah kutipan RM375 juta

3. Penangguhan bayaran pinjaman MARA

- MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan

- Diskaun khas sewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis Mara.

4. Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini

- Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal

5. Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji

- Pekerja berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan, yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan

6. Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun

- Kemudahan membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak

7. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

- Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL

- Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL

8. Elaun khas kepada petugas perubatan

- RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan

9. LHDN benarkan tangguh bayaran cukai

- Penangguhan bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan

10. Penangguhan pembayaran pinjaman

- CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terbabit gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.

11. Bajet tambahan

- RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 hospital, sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk Kementerian Kesihatan membeli ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain

12. Bantuan dari Kerajaan Negeri, Pusat Zakat/Baitulmal Negeri menyusul

Loading...
Share This