Rakyat Sarawak, Sabah mesti diutamakan, MA63 wajib dilaksanakan sepenuhnya: Zahid

ZAHID HAMIDI BAGAN DATUK: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata  menegaskan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak m...

ZAHID HAMIDI
BAGAN DATUK: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata  menegaskan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak mesti turut diutamakan termasuk peruntukan pembangunan dan menyalurkan kewangan tahunan.

“Rakyat di Sabah dan Sarawak mesti turut diutamakan, peruntukan pembangunan haruslah secara terus dengan menyalurkan peruntukan kewangan tahunan hendaklah dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan peringkat bahagian Bagan Datuk, di sini, semalam.

“Perjanjian MA63 wajib direalisasikan sepenuhnya mengikut kesesuaian berdasarkan rundingan dengan mengambil kira kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak,” tegasnya.

Menurut Zahid lagi, projek-projek infrastuktur, pembangunan Sabah dan Sarawak wajib dirancakkan semula. 

Malah, ujar beliau, kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi negeri wajib diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan projek-projek negeri. 

“Anak-anak negeri Sabah dan Sarawak sebagai pegawai-pegawai awam kerajaan Persekutuan dan Negeri wajib diberi kepercayàan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan,” ujarnya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menawarkan diri untuk tidak dilantik dalam kabinet kerajaan baharu.

“Sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO saya memutuskan untuk menawarkan diri agar tidak dilantik dalam sebarang jawatan dalam kabinet,” jelas beliau seperti dilapor Umno Online.

Related

Zahid Hamidi 4643336575859232046

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item