Muhyiddin umum senarai Kabinet 5 petang ini

Tan Sri Muhyiddin Yassin PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan senarai Kabinetnya jam 5 petang ini...

Tan Sri Muhyiddin Yassin
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan senarai Kabinetnya jam 5 petang ini di Pejabat Perdana Menteri, di sini.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi, berkata Muhyiddin dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada jam 11 pagi untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

"Setelah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dijangka akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada hari ini, jam 5 petang bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya," katanya.

Pengumuman senarai Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu itu dibuat selepas lebih seminggu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pada 1 Mac.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.



Related

Perikatan Nasional 8643005508999019567

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item