Sabtu, 21 Mac 2020

Jenazah lelaki suspek positif Covid-19 pertama di Sabah selamat dikebumikan

Foto Ihsan Bes TawauFM
TAWAU; 21 MARCH 2020 - Jenazah lelaki dari kluster jemaah tabligh juga mangsa pertama Covid-19 di Sabah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pasir Putih, Tawau, kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

Pengkebumian jenazah diuruskan sepenuhnya pihak Hospital dan kelihatan seramai lima petugas lengkap berpakaian perlindungan peribadi bagi menguruskan pengebumian jenazah yang tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 10 malam.

Semasa urusan pengkebumian berjalan, orang ramai tidak dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai.

Allahyarham yang merupakan warganegara berumur 58-tahun adalah kes ke-152 telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac lepas kerana mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama.

Bagaimanapun, kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 6.27 petang (Jumaat) di Hospital Tawau.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, mangsa yang meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 di negara ini tiga kes.

#BesTawauFM

Loading...
Share This