Jumaat, 27 Mac 2020

Harga petrol, diesel turun lagi

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel buat minggu ke-4 berturut-turut.

RON95 dan RON97 akan jatuh 6 sen, masing-masing berharga RM1.38 serta RM1.68 seliter.

Diesel pula murah 7 sen pada harga RM1.68 seliter.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok hingga 3 Apr ini.

Kementerian Kewangan berkata, penurunan harga minyak itu disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan ketidaktentuan akibat penularan Covid-19.

Loading...
Share This