Khamis, 19 Mac 2020

Gempa bumi lemah di Kundasang

Gempa bumi lemah telah berlaku di Kundasang, Sabah pada jam 10:25 pagi, 19 Mac 2020
Kota Kinabalu: Gempa bumi lemah bermagnitud 2.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Kundasang, Sabah pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada jam 10.25 pagi, pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 18km Barat dari Ranau.

Gegaran mungkin dirasai di sekitar Ranau dan Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

Loading...
Share This