Jumaat, 27 Mac 2020

Elaun tambahan RM200 sebulan kepada kakitangan perubatan, anggota barisan depan

Elaun tambahan RM200 sebulan kepada kakitangan perubatan, anggota barisan depan
KUALA LUMPUR: Kerajaan menambah elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan yang terbabit dalam pengurusan COVID-19, daripada RM400 kepada RM600 sebulan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, elaun khas yang akan dibayar bermula 1 April itu, akan diberikan sehingga wabak berkenaan berakhir.

Kerajaan juga bersetuju membayar elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta RELA yang terbabit secara langsung melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Elaun ini akan mula dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini.

Dianggarkan seramai 169,000 kakitangan berkenaan akan mendapat faedah.

Loading...
Share This