Khamis, 19 Mac 2020

COVID-19: Mahasiswa Sabah di Semenanjung boleh tinggal di Rumah Sabah Cheras

Ini merupakan pendekatan yang diambil kerajaan Sabah bagi membantu mahasiswa terbabit.
KOTA KINABALU: Mahasiswa Sabah yang menuntut di Semenanjung yang mengalami masalah penempatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh tinggal di Rumah Sabah, di Cheras Kuala Lumpur.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ini merupakan pendekatan yang diambil kerajaan Sabah bagi membantu mahasiswa terbabit.

"Sebahagian daripada mereka yang tidak ada tempat tinggal kita akan tempatkan di Rumah Sabah.

"Saya telah minta menteri pelajaran berkomunikasi dengan Kementerian Pengajian Tinggi di peringkat pusat berhubung mana kampus yang mungkin dibolehkan pelajar datang dari Sabah, yang berada di Kuala Lumpur, tidak perlu balik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bersempena Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Sabah di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, pihaknya turut menggesa para mahasiswainstitusi pengajian tinggi (IPT) di luar Sabah supaya mengehadkan pergerakan mereka.

"Ini kerana jika mereka balik juga akan berbaris membeli tiket, mungkin berada di lapangan terbang, kita mahu kurangkan pergerakan.

"Jadi kalau dapat kita tempatkan mereka supaya boleh kurangkan pergerakan. Dari segi bekalan makanan, kerajaan negeri akan menyediakan bagi memastikan mereka dalam keadaan baik sepanjang tempoh kawalan itu," katanya. - Astro Awani

Loading...
Share This