Ahad, 22 Mac 2020

Covid-19: 123 kes baharu hari ini

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seorang lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 10 orang.

Beliau juga berkata, 123 kes baru dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di seluruh negara 1,306.

Daripada jumlah jangkitan terbaru, 74 mempunyai kaitan dengan himpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur hujung bulan lepas.

Kematian terbaru membabitkan lelaki berusia 74 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Noor Hisham berkata, 46 pesakit kini dirawat di wad rawatan rapi (ICU) dengan 22 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya 25 pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah yang didiscaj 139 setakat ini.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 22 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES
PERLIS9
KEDAH52
PULAU PINANG58
PERAK66
SELANGOR309
NEGERI SEMBILAN78
MELAKA23
JOHOR145
PAHANG40
TERENGGANU32
KELANTAN63
SABAH158
SARAWAK76
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR183
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA9
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN5
JUMLAH KESELURUHAN1,306


Loading...
Share This