Khamis, 26 Mac 2020

Bantuan RM500 di Sabah diagihkan mulai hari ini

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong
BANTUAN khas one-off RM500 kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah diagihkan mulai hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong berkata, pembayaran dibuat terus ke akaun bank penerima oleh semua pejabat daerah di seluruh Sabah.

“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dilakukan secara tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu beliau turut berkata bantuan turut diberikan kepada golongan B40.

“Pembayaran bantuan tunai one-off sebanyak RM300 juga akan turut diberikan kepada golongan berpendapatan rendah B40 atau golongan yang terjejas teruk seperti pemandu teksi, petani, pekebun, nelayan, penternak, malim gunung serta pemandu pelancong bebas ke akaun bank masing-masing bermula hari ini.

“Bagi golongan tidak berkeupayaan seperti warga tua, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) yang membabitkan seramai 62,638 orang dan ibu tunggal seramai 6,500 orang di seluruh Negeri Sabah dijangka akan menerima bantuan RM300 juga melalui akaun bank masing-masing bermula esok,” katanya.

Safar turut berkata bantuan tunai RM500 juga akan turut diberikan kepada pesakit Covid-19 atau ahli keluarga.

“Pembayaran akan dibuat ke akaun bank pesakit atau ahli keluarga yang diperolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga mengagihkan makanan kepada golongan terjejas secara langsung disebabkan pandemik Covid-19 bermula sejak petang semalam.

Dikemaskini: 

Sebagai rujukan dan panduan buat rakyat Sabah. Segala pertanyaan berkaitan dengan Pakej Bantuan Covid-19 Sabah, mohon terus hubungi saluran khas berikut;

Dashboard: covid19.sabah.digital
Twitter: @CovidSabah
Instagram: sabahcovid19
Facebook: http://www.facebook.com/sabahcovid/
Fix line: 088 369 430
WhatsApp: 088 369 430

#kekaldudukdirumah

#SabahWeCare

Baca Juga: 

Kerajaan Sabah umum pakej bantuan Covid-19 sebanyak RM670 juta

Shafie jamin bantuan disegerakan dan sampai, tidak perlu keluar rumah


Loading...
Share This