Sabtu, 21 Mac 2020

2 kematian Covid-19 di Sarawak, menjadikan jumlah kematian seluruh negara 6 orang

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 2 kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah kematian seluruh negara 6 orang.

Mangsa terbabit ialah seorang wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 40 tahun. Mereka berasal dari Kuching.

Wanita berusia 79 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada pukul 2 pagi, sementara anak perempuannya di Hospital Besar Sarawak pada pukul 1 petang hari ini.

Seorang lagi anggota keluarga terbabit yang disahkan positif Covid-19 ditempatkan di wad dan diberikan alat bantuan pernafasan di Hospital Besar Sarawak.

“Punca jangkitan mereka masih disiasat.

“Kelewatan melaporkan kematian wanita itu disebabkan hospital swasta yang merawatnya terpaksa menunggu keputusan ujian daripada sebuah makmal swasta di Kuala Lumpur,” kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Sarawak juga melaporkan 10 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negeri itu sejak 13 Mac sebanyak 63 kes.

Lima daripada kes itu ditempatkan di Hospital Sibu, 3 di Hospital Besar Sarawak, termasuk wanita yang meninggal dunia hari ini dan 2 di Bintulu.

Sarawak juga mencatatkan 37 kes Person Under Investigation (PUI), menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu 751 orang.

Daripada jumlah ini, 711 kes disahkan negatif, sementara 40 yang lain menunggu keputusan ujian.



BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 21 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES
PERLIS9
KEDAH47
PULAU PINANG50
PERAK55
SELANGOR292
NEGERI SEMBILAN70
MELAKA22
JOHOR129
PAHANG37
TERENGGANU27
KELANTAN61
SABAH136
SARAWAK68
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR166
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA9
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN5
JUMLAH KESELURUHAN1,183

Loading...
Share This