Sabtu, 21 Mac 2020

1 wakil keluarga saja dibenarkan keluar rumah

Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR: Hanya seorang wakil atau ketua keluarga dibenarkan keluar dari rumah sekiranya ada keperluan untuk membeli barangan keperluan atau mendapatkan ubat-ubatan.

Menteri Kanan yang juga Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata mereka yang terpaksa keluar rumah untuk urusan penting lebih daripada seorang, perlu memberi penjelasan kepada pihak polis dan polis akan menggunakan budi bicara untuk memberi kebenaran.

“Dari segi dasar, semua pihak perlu mematuhi perintah kawalan pergerakan dan keluar hanya bila perlu.

“Sekiranya terpaksa keluar, mereka perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mencuci tangan dan mengikut penjarakan sosial (social distancing),” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini. - Berita Harian


Loading...
Share This