Datuk keji rogol cucu

GAMBAR HIASAN TANGISAN seorang remaja perempuan berusia 15 tahun membongkar rahsia dia menjadi mangsa rogol datuk sendiri. Lelaki ...

GAMBAR HIASAN
TANGISAN seorang remaja perempuan berusia 15 tahun membongkar rahsia dia menjadi mangsa rogol datuk sendiri.

Lelaki berusia 66 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak mangsa berusia sembilan tahun.

Suspek ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di rumahnya di sebuah kampung di Manggatal di Kota Kinabalu, jam 2 petang tadi, selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada 29 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ibu mangsa pelik melihat anaknya menangis di dalam bilik kira-kira 7 malam, 28 Januari lalu.

"Ibu mangsa kemudian bertanya berulang kali menyebabkan mangsa menceritakan dia dirogol oleh datuknya pada pagi 26 Januari lalu.

"Hasil siasatan mendapati mangsa mendakwa pernah dirogol beberapa kali oleh suspek," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. - Harian Metro

Related

Kes Rogol 5954747800949308215

Popular

Terkini

Identiti mangsa dalam Myvi hanyut di Kionsom dikenal pasti

Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. KOTA KINABALU - Identiti kedua-dua mang...

item