Ahad, 29 Disember 2019

Tragedi di Sabah tahun ini

Insiden seorang kanak-kanak terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat dan kematian seorang tentera komando semasa demonstrasi menggunakan peluru hidup di hadapan orang awam antara tragedi yang menjadi tajuk utama tahun ini.

Pegawai komando Rejimen Gerak Khas berpangkat Mejar dan anak kepada pelakon-pelawak AR Badul maut akibat kecederaannya selepas terkena tembakan dengan peluru hidup.

Mejar Mohd Zahir, 36, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth. Beliau meninggalkan seorang balu dan enam orang anak berumur lima hingga sembilan tahun. Acara itu diadakan sempena pelancaran Divisyen Kelima Infrantri Malaysia.

Tragedi budak perempuan terjatuh membuat ahli keluarga kebimbungan mengenai bagaimana versi polis yang dikeluarkan kepada akhbar berbeza dengan laporan yang dibuat. Ibu mangsa menafikan dia “membiar” anaknya atau tidak bertanggungjawab. Katanya, terdapat ruang agak besar di atas permukaan lantai di hujung laluan yang tidak kelihatan oleh mana-mana individu, sama ada orang dewasa atau kanak-kanak.
 .
Ketua Polis Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata penggunaan perkataan “membiarkan” disalahtafsir. Katanya, perkataan itu digunakan untuk memaklumkan ibu mangsa “tidak memegang kanak-kanak itu tetapi membiarkannya berjalan di hadapannya.”

Pada 5 Julai lalu, dua pelancong China dan penyelam master rakyat Malaysia dipercayai terkorban akibat bom ikan ketika menyelam di Semporna di pantai timur Sabah.

Seorang penyelam dari Semporna membawa dua pelancong lelaki rakyat China untuk aktiviti menyelam. Saksi berkata terdapat beberapa bot ikan yang dibawa oleh Palauh dekat tapak di mana tiga penyelam terbabit terbunuh.

Image result for kemalangan kota belud triton
Kemalangan membabitkan sebuah Perodua Bezza dan Mitsubishi Triton di Kota Belud
Kemalangan jalan raya meragut beberapa banyak sepanjang 2019, namun paling menyedihkan adalah insiden yang mengorbankan tiga orang, termasuk dua remaja, dekat Ambong Kelawat di sepanjang Jalan Tuaran-Kota Belud pada 3 Mei dalam satu kemalangan membabitkan sebuah Perodua Bezza dan Mitsubishi Triton.

Pemandu Bezza Azami Madlasim, 34, seorang pekerja kilang dan penumpang bahagian depan Mohd Nasrin Hamzah, 15, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedic akibat cedera parah manakala Nurul Amrirah Syahirah Rumi, 13, yang cedera di tangan kiri, patah bahu dan pendarahan dalaman meninggal dunia di hospital. Pemandu Triton, berumur 33 tahun, iaitu seorang guru, terselamat.

Satu lagi tragedi, pada 12 Jun, membabitkan sebuah keluarga apabila dua gadis terbunuh selepas ibu mereka tertidur semasa memandu dan menyebabkan kenderaan mereka naiki terjunam ke dalam gaung di Km 45 di sepanjang Jalan Kalabakan-Sepulut.

Pada 25 Februari, nahas membabitkan lima buah kenderaan yang bertindih di antara satu sama lain meragut nyawa seorang pejalan kaki wanita manakala tiga lagi turut mengalami kecederaan dalam kejadian yang melibatkan pemandu lori dan kelindannya, kedua-dua berumur 30an. dan seorang pemandu Avanza berumur 33 tahun dari Tamparuli. 

Pertembuhan pukul 5 petang itu membabitkan sebuah lori 10 tan, Toyota Avanza, Subaru, Toyota Vios, Toyota Vigo dan Perodua Kenari, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri.

Tragedi itu berlaku apabila pemandu lori hilang kawalan kenderaan dipercayai akibat kerosakan dalam sistem brek kerana dia menuruni bukit menghala ke Bukit Padang. - Daily Express Sabah

Loading...
Share This