Khamis, 26 Disember 2019

Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran di Pinawantai

MUSNAH: Tiga rumah musnah terbakar dalam kebakaran di Kg Gombizau, Jalan Pinawantai, Kudat.


KOTA KINABALU: Tiga rumah dan musnah dalam kebakaran di Kg Gombizau, Jalan Pinawantai, Kudat.

Kebakaran di Kg Gombizau berlaku kira-kira jam 11.30 malam, kelmarin dan menyaksikan tiga rumah jenis struktur tidak kekal musnah dalam insiden terbabit.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kudat diketuai PBK II Mohd Saidi Tabin bertugas memadam api di Kg Gombizau dengan kekuatan dua jentera dan enam anggota.

Mereka turut dibantu enam anggota Pasukan Bomba Sukarela Kg Air Kudat dan menurut Saidi kebakaran itu berjaya dipadam dan dikawal sepenuhnya dalam tempoh 34 minit.

Tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku, dan siasatan kerugian serta punca kebakaran masih dijalankan. - Utusan Borneo

Loading...
Share This