Isnin, 23 Disember 2019

Seorang maut dalam kemalangan di Jalan Lama Papar

Kemalangan di Km 19, Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu melibatkan Sebuah Proton Saga dan Toyota Avanza.
PAPAR: Suasana percutian bertukar menjadi tragedi apabila seorang lelaki berusia 20-an terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan dua kereta di Km 19, Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu, pada sabtu.

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Umpit berkata insiden berlaku sekitar jam 3.45 petang di mana Proton Saga yang dipandu lelaki itu bertembung dengan Toyota Avanza.

Ketika kejadian kenderaan proton dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Papar menuju ke Kota Kinabalu.

Pemandu proton cuba memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang duduk di belakang mengalami kecederaan serius dan mati di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata pemandu Saga dan seorang penumpang lain mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Papar.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas selama 1 jam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan untuk memandu secara melulu. - Daily Express Sabah

Loading...
Share This