Jumaat, 27 Disember 2019

Pesawat penumpang terhempas di Kazakhstan

ALMATY: Pesawat yang membawa 95 penumpang dan lima anggota kru terhempas berhampiran Almaty hari ini, menurut kenyataan lapangan terbang bandar raya terbesar di Kazakhstan itu.

Ia berkata, ada mangsa terselamat dalam nahas berkenaan dan perkhidmatan kecemasan berada di lokasi kejadian.

Akhbar The Sun melaporkan Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh apabila sebuah pesawat jatuh ke dalam sebuah bangunan.


Pesawat itu dalam penerbangan ke Nur-Sultan, ibu kota negara di Asia Tengah itu. — Reuters

Loading...
Share This