Sabtu, 21 Disember 2019

Pelayan didakwa rogol remaja 15 tahun di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seorang pelayan berumur 26 tahun didakwa merogol seorang remaja.

Abdul Rahman Rajullah mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim kepada tuduhan terhadapnya pada Jumaat.

Dia dituduh merogol remaja berusia 15 tahun itu pada pukul 6.30 pagi 14 Disember tahun ini di sebuah bilik hotel di Api-Api Centre, di sini.

Kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan kes dan memerintah Abdul Rahman direman lanjut sementara menunggu tarikh itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Faezah Jafry hadir untuk pendakwaan sementara Abdul Rahman tidak diwakili.

Loading...
Share This