Isnin, 23 Disember 2019

Orang ramai dijemput menyertai acara Tuaran Cop Run 2020


TUARAN: Bagi menghargai kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan jenayah,  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran menjemput orang ramai menyertai acara Tuaran Cop Run 2020 yang bakal diadakan pada 28 Mac tahun hadapan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, acara bersempena Sambutan Hari Polis Ke-213 Tahun 2020 itu akan diadakan di astaka padang, Pekan Tuaran, di sini, seawal 5 pagi.

Katanya, anjuran julung kali diadakan itu, pihaknya mensasarkan lebih 1,000 penyertaan orang awam dari Tuaran, Kota Kinabalu dan sekitarnya.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim
“Kami mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama menyertai larian ini sebagai Sambutan Hari Polis.

“Namun, pada masa sama acara ini turut bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota polis dan orang awam dalam memudahkan kerjasama menyalur sebarang maklumat berkaitan jenayah,” katanya dihubungi pada Selasa.

Menurutnya, acara larian itu dibuka kepada dua kategori bagi lelaki dan wanita iaitu pertandingan untuk jarak 13.7 kilometer serta larian terbuka (Fun Run) untuk jarak 5.5 kilometer.

“Yuran penyertaan adalah bermula RM50 sehingga RM70 bagi kategori Fun Run manakala bagi kategori pertandingan, yuran bermula RM70 hingga RM90”.

“Peserta diberikan T-Shirt, medal penamat, bib larian, sijil penyertaan, minuman dan cabutan tiket bertuah.  “Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut, orang awam boleh melayarai di laman sesawang JOM RUN (Klik Pautan).

Image result for tuaran cop 2020
“Pendaftaran telah dibuka sejak Isnin lepas sehingga 2 Mac 2020 dan peserta yang mendaftar awal boleh mendaftar melalui aplikasi ‘Jom Run’ untuk harga promosi,” katanya.

Difahamkan, hadiah lumayan untuk cabutan tiket bertuah seperti motosikal, barangan elektrik, basikal, hamper dan penginapan Shang Ri La Rasa Ria Resort, Tuaran antara lain. - Daily Express

Loading...
Share This