Sabtu, 21 Disember 2019

Mangsa banjir tiap isi rumah terima RM500 - Peter

Peter yang juga Adun Melalap melawat kawasan banjir di Kg Ponontomon pada Khamis lepas
TENOM: Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata, mangsa banjir bagi setiap isi rumah (KIR) akan mendapat bantuan RM500 daripada kerajaan.

Peter berkata mereka yang layak boleh berhubung dengan Setiausaha Politik beliau, Jack Jatil Junggok.

Peter yang juga Adun Melalap melawat kawasan banjir di Kg Ponontomon pada Khamis lepas untuk menghantar makanan dan bekalan lain kepada mangsa banjir dan berkata ia penting untuk mangsa dibekalkan dengan beras.

Image may contain: 2 people, food
“Mangsa boleh memasak dan makan apa yang ada tetapi lebih penting, mereka mesti diberikan nasi untuk makan walaupun lauknya hanya sayuran dan ikan sardin,” katanya kepada lebih 200 mangsa di pusat itu sebelum melawat kawasan lain di Kg Pantongan dan Kg Mandalom pada hari sama.

Menjawab pertanyaan mengenai masalah kekerapan banjir khususnya pada hujung tahun, beliau berkata ia disebabkan musim monsun yang menyebabkan air Sungai Padas melimpah setiap kali hujan lebat.

Image may contain: 3 people, people standing“Apa yang penting sekarang adalah bagaimana kita menyelesaikan masalah ini, dan difahamkan bahawa kerajaan telah merangka beberapa langka sesuai untuk menangani banjir. Namun, buat masa ini, jawatankuasa ini kena berjaga-jaga pada musim tengkujuh ini,” katanya.

Image may contain: 7 people, people standing and foodSementara itu, beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Kg Ponontomon, Kg Tumantalik and Kg Mandalom Lama mula dipenuhi oleh mangsa banjir dari kampung-kampung berdekatan. 

Setakat ini, seramai 1,195 individu ditempatkan di 10 PPS di sekitar Tenom.

Loading...
Share This