Jumaat, 20 Disember 2019

Kurniawan dilantik jurulatih baharu skuad Tambadau

PETER mengumumkan bekas pemain kebangsaan Indonesia Kurniawan Dwi Yulianto sebagai ketua jurulatih skuad tambadau musim hadapan
KOTA KINABALU: Persatuan bolasepak Sabah (SAFA) hari ini memuktamadkan keputusan melantik bekas pemain kebangsaan Indonesia Kurniawan Dwi Yulianto sebagai ketua jurulatih skuad tambadau musim hadapan.

Presiden SAFA, Datuk Peter Anthony dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan perkara berkenaan dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat SAFA.

"Seperti mana yang kita tahu bahawa beliau (Kurniawan Dwi Yulianto) ialah seorang pemain bolasepak profesional untuk negera Indonesia dan pernah beraksi di kanca bolasepak Malaysia suatu ketika dahulu dan telah mengendalikan beberapa pasukan sebelum ini di Indonesia sebelum kita memanggilnya untuk mengetuai pasukan Tambadau Sabah untuk musim 2020," katanya. 

Sementara itu  Jelius Tabias Ating dilantik sebagai penolong jurulatih bersama dengan Pembantu Jurulatih iaitu, Burhan Ajui manakala seorang lagi muka baharu iaitu Sofie Imam Faizal iaitu sebagai Jurulatih Kecergasan. 

Bagi Jurulatih dan Pegawai yang lain pihaknya mengambil keputusan untuk mengekalkan dan tiada perubahan.

Image may contain: 4 people, people sitting
Peter bersama Kurniawan dalam sidang media yang diadakan di pejabat SAFA sebentar tadi
Beliau berharap dengan adanya gandingan kejurulatihan yang baharu dan kerjasama dari semua pihak ini kita dapat memperkukuhkan lagi pasukan untuk menghadapi Liga Super di tahun hadapan.

Turut hadir sama iaitu, Henry Saimpon (Pengurus Pasukan), Andrew Weddy Majanggim (Setiausaha Agung Safa).

Loading...
Share This