Jumaat, 20 Disember 2019

Kanak-kanak 3 tahun lemas di Sungai Pomotodon, Inanam

Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak tiga tahun lemas ketika sedang bermandi-manda semasa beriadah bersama keluarganya di Sungai Pomotodon, Inanam hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 1.22 petang.

Katanya, 10 anggota diketuai Pegawai Kanan Penguasa Bomba Agustavia Joe Guasi dihantar ke lokasi bersama beberapa aset untuk memberikan bantuan.

“Sebaik tiba dilokasi dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan lemas semasa mandi-manda di sungai berkenaan.

“Semasa tiba di lokasi, didapati mangsa mendapati tidak sedarkan diri, mangsa telah diselamatkan orang awam sebelum ketibaan jentera bomba,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba memberikan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa dan seterusnya menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut. - Borneo Today

Loading...
Share This