Khamis, 26 Disember 2019

Gerhana matahari separa penuh di Kota Kinabalu

GERHANA: Gambar gerhana separa maksimum dirakam pada jam 2.09 minit petang dari perkarangan Wisma Dang Bandang Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Gerhana matahari separa boleh dicerap atau dilihat dari Kota Kinabalu selama 3 jam 36 minit.

Ia bermula pada jam 12.09 tengah hari, maksimum pada 2.06 petang, dan berakhir pada jam 3.45 petang.

Gerhana separa berlaku apabila matahari dan bulan tidak tepat sebaris dan bulan hanya melitupi matahari dengan separa.

Fenomena ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun penuh. Bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapat dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub bumi dan tidak menyilangi permukaan mumi.

Gambar gerhana separa maksimum ini saya rakam pada jam 2.09 minit petang dari perkarangan Wisma Dang Bandang Kota Kinabalu. - (Teks & Foto oleh Azman Jumat, Jabatan Penerangan).

Loading...
Share This