Rabu, 25 Disember 2019

Gerhana Matahari Cincin di Malaysia esok

Malaysia bakal menyaksikan satu fenomena alam iaitu Gerhana Matahari Cincin ataupun Gerhana Matahari Anulus. 

Fenomena Gerhana Matahari Anulus merupakan peristiwa yang jarang berlaku. Kali terakhir ia berlaku dalam negara kita adalah pada 22 Ogos 1998, iaitu 21 tahun yang lalu di Mersing, Johor.

Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, fenomena gerhana merupakan fenomena alam yang unik dan menjadi satu keajaiban khusus di zaman terdahulu kerana kejadian alam berubah dari keadaan yang biasa. 

Jelasnya,kejadian dan fenomena alam merupakan tanda kekuasaan Allah, dan tiada kaitan dengan perkara yang khurafat.

“Manusia wjaib kembali kepada peraturan Allah bagi menyelesaikan sebarang permasalahan, Kerosakan mula berlalku apabila manusia menimnggalkan peraturan-Nya,” jelas beliau.

Penduduk di selatan tanah air berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari anulus apabila pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.

Di Terengganu pula akan berlaku gerhana matahari separa bermula jam 11.24 pagi pada hari yang sama.

Pada model bumi sfera, dalam fenomena cincin, bulan tidak menutupi matahari sepenuhnya dan nampak seperti cincin.

“Hidup berakidah meletakkan kekuasaan Allah penentu segala sesuatu. Kita diwajibkan berusaha dan menyerahkan hasil keputusannya atas ketentuan Allah SWT,’ kata Niko Muhammad dalam satu kenyataan.

Menurut pakar, gerhana anulus itu berlaku serentak, dengan bulan menyentuh pinggir barat matahari kemudian menutupi dan meninggalkan matahari.

Laluan tengah antumbra bermula seketika selepas waktu syuruk di Oman, merentasi Laut Arab mendekati selatan India dan seterusnya ke Sumatera tengah di Pekanbaru,  Indonesia sebelum berada di selatan Singapura. - Sarawak Voice

Loading...
Share This