Jumaat, 20 Disember 2019

Bot Jabatan Kastam Dipercayai Ditembak di Perairan Semporna

KOTA KINABALU: Bot Jabatan Kastam dipercayai ditembak oleh sekumpulan individu di kawasan laut dekat Pulau Mataking, Semporna kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

Namun setakat ini belum dapat dipastikan sama ada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

Menurut sumber pihak pasukan keselamatan juga sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian itu.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi SabahNewsToday memaklumkan bahawa pihaknya belum menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Bagaimanapun pasukan keselamatan sedang melakukan siasatan sama ada benar berlaku atau sebaliknya.

Difahamkan, bot berkenaan milik Jabatan Kastam cawangan Lahad Datu. – SabahNewsToday

Loading...
Share This