Ahad, 22 Disember 2019

Bersatu Kimanis siap sedia hadapi PRK: Ariffin

MEMBAKUT: Bendahari Bersatu Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata Bersatu Bahagian Kimanis telah bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Kimanis yang bakal diadakan pada Januari.

Katanya, jentera pilihan raya hanya menunggu menerima arahan daripada parti di peringkat negeri di mana bahagiannya, Bersatu Kimanis Srikandi (Wanita) dan Armada telah bertemu dan membincangkan kerja yang perlu dijalankan, termasuk membantu mana-mana calon diturunkan oleh kerajaan.

“Walaupun kami sebenarnya memohon untuk meletakkan calon, namun sesiapa saja yang diturunkan, kami akan mematuhi arahan daripada pucuk pimpinan tertinggi dan Pengerusi kami Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Arifin yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kimanis berkata demikian selepas menyambut ketibaan Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan Datuk Seri Rina Harun pada sesi bertemu rakyat Srikandi di Kg Pimping, Jumaat.

Katanya, Bersatu Kimanis akan turun ke akar umbi untuk memastikan kemenangan akan dicapai oleh calon Warisan yang diturunkan.

“Lebih 3,000 orang menyertai Bersatu dan mereka akan membuang undi. Saya yakin anggota Bersatu akan bertambah,” katanya.

Mengenai persediaan banjir, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Membakut berkata pasukan penyelamat bersedia sepenuhnya dalam berdepan sebarang kemungkinan di bawah arahan Pegawai Daerah Beaufort bagi membantu mangsa banjir gelombang ketiga yang mungkin berlaku pada musim hujan ini.

Baru-baru ini, katanya, mereka memberikan bantuan kepada 600 keluarga yang tinggal di kawasan-kawasan dilanda banjir.

“Mangsa-mangsa ini tidak berpindah dari rumah mereka tetapi mereka terjejas oleh banjir dan kami turut membantu mereka yang diselamatkan dan mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan akan diberi perhatian,” katanya.

Arifin berkata Bersatu juga bersyukur dan berterima kasih kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) seperti Amanah dan Bersatu serta parti bersekutu, Parti Warisan Sabah kerana membantu mangsa banjir.

Selepas banjir reda, mereka akan mengenal pasti sebarang infrastruktur asas yang perlu diperbaiki dan diberi perhartian oleh kerajaan Persekutuan seperti jambatan rosak dan kemudahan awam di kawasan perkuburan, antara lain.

Dalam kejadian banjir, dua buah sekolah dilaporkan terjejas tetapi masih dapat menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran.

“Apa yang membimbangkan saya ialah hujan ketika ini di Sungai Membakut yang mula naik dan beberapa buah kampung dilanda banjir.

“Bagaimanapun, saya yakin pasukan keselamatan kita bersedia untuk melakukan sebarang pemindahan atau penempatan semula jika perlu,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Bersatu Sipitang Matbali Musah dan jawatankuasa utama Bahagian Bersatu Kimanis.

Loading...
Share This