Rabu, 25 Disember 2019

Banjir Sabah: dua PPS dibuka di Keningau, tempatkan 95 mangsa

KOTA KINABALU, 25 Dis  -- Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sook, Keningau bagi menempatkan 95 mangsa banjir daripada 19 keluarga, semalam.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan hari  ini, PPS berkenaan dibuka selepas dua kampung di Sook masing-masing, Kampung Rancangan Belia Tiulon dan Kampung Sook Pusat dinaiki air berikutan hujan berterusan semalam.

Jalan perhubungan utama ke Kampung Rancangan Belia Tiulon turut terjejas, bagaimanapun, ketika ini air sudah mulai surut.

-- BERNAMA

Loading...
Share This