Khamis, 19 Disember 2019

22 buah sekolah di Parlimen Kimanis terima bantuan awal persekolahan

Foto Facebook Datuk Seri Rina Mohd Harun
Kimanis : Seramai 180 pelajar dari 22 buah sekolah di kawasan Parlimen Kimanis menerima bantuan awal persekolahan sumbangan Yayasan Pelajaran MARA di bawah Program Back To School 2020 Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, bantuan bertujuan mengurangkan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak di awal tahun sesi persekolahan selain sebagai satu galakan kepada pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan sahsiah dan akademik.

Memetik laporan Bernama, seramai 4,500 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada golongan B40 dan miskin di seluruh Sabah mendapat manfaat daripada Program Back To School 2020 anjuran Yayasan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Rina berkata ia membabitkan kos keseluruhan bernilai RM315,000.

"Diharapkan agar bantuan ini dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa berpendapatan rendah menyediakan kelengkapan persekolahan anak untuk sesi persekolahan tahun depan.

Image may contain: 23 people, people smiling, crowd
Foto Facebook Datuk Seri Rina Mohd Harun
"Bantuan ini juga bertujuan untuk memberi galakan kepada pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan sahsiah dan akademik," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan, dekat sini hari ini.

Sumber Berita RTM Sabah/Bernama

Loading...
Share This