Khamis, 26 Disember 2019

15 Warga Filipina ditahan dalam Ops Bersepadu PPM bersama Jabatan Imigresen

LAHAD DATU (26 Dis) - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah di sini telah menahan 15 pendatang warga Filipin dalam satu Operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Sabah, 12.30 tengah hari tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, ACP Hj Mohamad Pajeri Ali berkata kesemua PTI yang berumur 03 hingga 50 tahun itu ditahan semasa pemeriksaan dijalankan di kawasan Kampung Tong Batu Lok Damai, Pulau Sakar.

Menurutnya lagi, semasa pemeriksaan awal dijalankan mendapati kesemua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Malah, lima belas orang saspek juga telah mengakui secara lisan bahawa mereka adalah berasal dari Filipina semasa disoal oleh Pegawai dari Jabatan Imigresen.

"Tujuan operasi ini dijalankan bertujuan untuk membanteras isu pendatang asing tanpa izin yang semakin berleluasa. Operasi Inter Agensi ini juga melibatkan seramai tiga Pegawai, 16 Orang Anggota Polis Marin Lahad Datu dan juga seramai dua orang Pegawai bersama dua orang anggota dari Jabatan Imigresen Lahad Datu. Manakala, sebanyak tiga buah Aset PPM iaitu Bot PGR9, PAC212 dan PAC639 juga telah digerakan bagi melancarkan operasi ini." Tambahnya lagi.

Kesemua lima belas Orang Warga Filipina telah dibawa terus oleh Jabatan Imigresen untuk disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM10,000 atau Penjara tidak lebih daripada 5 Tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan.


Menurutnya lagi, operasi akan diteruskan sepanjang perayaan krismas dan tahun baru bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin di Sabah.

Loading...
Share This