Isnin, 30 Disember 2019

11 rumah di Kinabatangan hangus dalam kebakaran

Anggota bomba memadamkan api dalam kejadian kebakaran di Kampung Paris, Kinabatangan pada awal pagi Isnin. - Gambar ihsan JBPM
KINABATANGAN: Seorang lelaki cedera di bahu selepas rumah didiaminya terbabit dalam kebakaran di Kampung Paris 3, di sini awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.05 pagi itu, dua blok bangunan menempatkan 11 pintu rumah hangus terbakar.

Image may contain: 1 person, sky, tree and outdoorKetua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.10 pagi, sepasukan anggota bomba Kinabatangan bergegas ke lokasi sejauh 57 kilometer.

Menurutnya, sebaik tiba api sedang marak lalu usaha memadamkan api segera dijalankan.

"Pada jam 6.47 pagi, operasi ditamatkan dan pemeriksaan mendapati rumah sewa 11 pintu berkenaan hangus sepenuhnya.

"Ketika kejadian seorang lelaki bertindak menyelamatkan motosikalnya lalu mengalami kecederaan ringan di bahu akibat bahang api," katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Menurutnya, punca kejadian dan anggaran kerugian sebenar masih dalam siasatan. - Astro Awani

Loading...
Share This