Jumaat, 15 Mac 2019

Tembakan rambang di Masjid Christchurch, New Zealand. 27 terkorban


Polis New Zealand telah mengesahkan kejadian tembakan rambang yang berlaku di Masjid Al Noor di Deans Ave, Christchurch. Seramai 27 orang setakat ini dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian yang sangat mengejutkan itu.

Ketika kejadian terdapat lebih kurang 400 orang jemaah di dalam masjid dan penembak rambang tersebut dilihat menembak mereka yang sedang berusaha melarikan diri. Beberapa mangsa dilihat sedang cuba melarikan diri sebelum ditembak bertubi-tubi.

Penembak rambang, yang dikenalpasti sebagai Brenton Tarrant 28 tahun juga telah menyiarkan tembakan tersebut secara siaran langsung di akaun YouTube dan Facebooknya. 

Polis menasihatkan untuk semua penduduk berhampiran untuk menjauhi kawasan masjid buat sementara waktu untuk keselamatan.



Loading...
Share This