Isnin, 25 Mac 2019

Saya dan kakak sedia lawan kerajaan diktator


"Saya dan kakak saya Nurazimah Binti Shi Ahmad sudah bersedia melawan kerajaan diktator Mahathir Mohamad dan Polis-Polis Mahathir hari ini di Mahkamah Kajang, Selangor", tulis Jufazli Shi Ahmad dalam facebook miliknya hari ini.

Hari ini, kes Pendakwaan bermotifkan politik ke atas Nurazimah Binti Shi Ahmad gagal untuk menghantarnya ke penjara buat kali kedua.

Nurazimah kakak kepada Julfazli mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas Polis sebagai Penjawat Awam ketika menjalankan tugas.

Pada 16 mac lalu, polis telah menahan Julfazli di Cheras.

Julfazli mendakwa kakaknya tidak menghalang tugas polis sebaliknya dia mahu melindunginya daripada menjadi mangsa 'penculikan politik' pada ketika itu.

Tambahnya lagi walaupun baru sahaja keguguran sebulan lalu, tetapi dia terus menjadi hero sebenar untuk selamatkan saya daripada dizalimi oleh kerajaan hari ini.

Gambar dikongsi Julfazli bersama kakak dan peguam yang mewakili mereka di Mahkamah Kajang hari ini.
Menurut Julfazi, beliau telah membayar wang jaminan sebanyak RM 4 Ribu di Mahkamah Majistret Kajang bagi membebaskan kakaknya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Dalam perkembangan lain Julfazli tetap akan membuat saman sivil RM 100 Juta kepada Mahathir Mohamad dan Polis-Polis Mahathir selepas ini kerana sengaja mengada-adakan kesalahan ini.



Loading...
Share This