Ahad, 10 Mac 2019

Putrajaya dilanda ribut paling dahsyat hari sama himpunan LGBT

Beberapa kawasan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini dilanda ribut sehingga menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan,
PUTRAJAYA: Beberapa kawasan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini dilanda ribut sehingga menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan, petang tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan kenderaan dan kemudahan awam di taman permainan kanak-kanak rosak akibat ditimpa pokok, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Ketua Balai Bomba Putrajaya, Che Shaari Abdullah, berkata kejadian ribut disertai hujan lebat kira-kira 30 minit mengakibatkan beberapa kawasan seperti Presint 9 dan Presint 11, terjejas.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.10 petang dan jentera bersama 18 anggota tiba di lokasi enam minit kemudian.

Operasi dimulakan pada jam 6.17 petang dengan anggota bomba membuat kerja pembersihan pokok tumbang.

“Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiga pokok tumbang dan menghalang laluan di jalan utama.

“Operasi dimulakan pada jam 6.17 petang dengan anggota bomba membuat kerja pembersihan pokok tumbang.

“Operasi ditamatkan pada jam 7.58 malam ini,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu satu himpunan dan perarakan oleh penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti “Hidup LGBT” dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Walaupun perarakan itu bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut semalam, kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut.

Menurut Sinar Harian, kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan dan perarakan tersebut yang bermula dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek.

Penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti “Hidup LGBT” dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu. Menurut Sinar Harian, kira-kira 1,000 orang hadir dalam perhimpunan dan perarakan tersebut yang bermula dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek.


Loading...
Share This