Isnin, 11 Mac 2019

PPBM Sabah dijangka lancar 6 April, kata Hajiji


KOTA KINABALU: PPBM dijangka dilancarkan di Sabah pada 6 April ini di Padang Merdeka, kata Adun Sulaman, Hajiji Noor.

“Ya betul. Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad akan lancar. Presiden Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Mukhriz serta pimpinan parti juga akan turut hadir,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya mengenai kedudukan beliau dalam parti, Hajiji berkata perkara tersebut akan diumumkan secara rasmi oleh pimpinan tertinggi PPBM.

Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama Hajiji Liker memuat naik gambar Hajiji dan Adun Karanaan, Datuk Masidi Manjun bersama Muhyiddin serta beberapa individu lain dipercayai selepas menghadiri mesyuarat mengenai pelancaran PPBM Sabah di Kuala Lumpur.

Facebook itu turut menyatakan Hajiji sebagai pengerusi jawatankuasa penaja PPBM Sabah.

Pada 15 Februari lalu, Dr Mahathir mengumumkan PPBM akan melebarkan sayapnya ke Sabah selepas perkara itu dipersetujui oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.

Loading...
Share This