Selasa, 19 Mac 2019

Perlantikan Pengarah Jabatan Air menyalahi undang-undang - Yong Teck Lee


KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee (Kanan) memohon pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Amarjit Singh (Kiri) lapan bulan lalu adalah menyalahi undang-undang dan ia melanggar Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Dalam saman yang difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada hari Selasa, pengusaha Yong dan ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung juga memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 3 Enakmen itu menyatakan bahawa hanya anggota perkhidmatan awam yang layak untuk jawatan kanan.

Mereka turut mendakwa tindakan melantik Amarjit pada Ogos 2018 telah menjejaskan bekalan air di Sabah dalam jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

Sebagai contoh adalah tindakan membatalkan dua projek bekalan air penting di Tawau dan Lahad Datu secara mendadak ketika Amarjit mengambilalih tugas Pengarah Jabatan Air Sabah.


Mereka mendakwa bahawa Amarjit tidak pernah menjadi anggota perkhidmatan awam negeri dan tidak pernah menjalani latihan kecakapan, penilaian kecekapan, pembangunan profesional dan peperiksaan kerajaan seperti yang diperlukan untuk dilantik ke jawatan kanan itu.

Sebaliknya, mereka percaya bahawa pelantikan Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri adalah kerana dia merupakan ahli Parti Warisan Sabah iaitu parti yang memerintah ketika ini.

Saman itu difailkan melalui peguam mereka Yong dan Punai Chambers.

Sebelum ini, 5 syarikat konsesi air memfailkan saman RM254 juta kepada kerajaan negeri pimpinan WARISAN kerana mendakwa kontrak mereka ditamatkan secara salah.


Loading...
Share This