Sabtu, 9 Mac 2019

Pembonceng motorsikal maut tersepit bawah lori

KEADAAN mangsa yang tersepit bawah lori meninggal dunia di lokasi kejadian. - Foto Bomba Negeri 

SANDAKAN: Seorang pembonceng maut di tempat kejadian sementara penunggang motorsikal mengalami kecederaan ringan setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Batu 25, Jalan Labuk, Sandakan.

Kemalangan berlaku apabila sebuah lori 10 tan bertembung dengan sebuah motorsikal.

Berdasarkan kenyataan akhbar Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada pukul 5:37-petang dan Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai Arsad Kadir bersama 6 anggota telah ke lokasi kejadian dengan 1 jentera FRT dan EMRS.

Mangsa yang maut tersepit di bawah lori. Maklumat mangsa tidak diperolehi.

Kredit : BERITA RTM SABAH

Loading...
Share This