Rabu, 20 Mac 2019

Papan Tanda Kontroversi di Pasar Filipina Diganti


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah mengeluarkan papan tanda kontroversi selepas ia menjadi perbualan hangat di kalangan netizens kerana penggunaan bahasa Bajau dan Suluk di papan tanda berkenaan.

Ketua Pengarahnya Joannes Solidau berkata keputusan itu dibuat pada Isnin lalu untuk menggantikan papan tanda sebelumnya yang dibina dua bulan lalu.

Menurutnya, Papan tanda terdahulu dicadangkan oleh Consumerism Task Force Committee  yang dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

"Rasional di sebalik penyertaan dua bahasa di papan tanda yang terletak di Pasar Filipina itu adalah kerana kebanyakan mereka di sini menggunakan bahasa tersebut."

Papan tanda adalah amaran meludah, dicetak dalam lima bahasa, iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Bajau dan Suluk, namun terdapat juga segelintir yang keliru mendakwa ia bahasa tagalog.

Satu halaman Facebook 'Tulun Sabah' yang berkongsi gambar papan tanda itu mempersoalkan keperluan untuk memasukkan dua bahasa terakhir.

Halaman berkenaan memuatnaik gambar papan tanda tersebut dengan kenyataan "Terang dan jelas Bandar KK dipenuhi warga asing polippine !! Seolah-olah DBKK merestui PTI !”

Gambar berkenaan telah dikongsi secara meluas oleh netizens sehingga mencetuskan sentimen perkauman, terdapat sesetengah yang setuju dan tidak setuju dengan ucapan tersebut.


Loading...
Share This